[Sukan] Piala AFF Suzuki 2010 - Vietnam vs Malaysia
Salam semua,

Ok seperti yang korang semua sedia maklum, atau yang masih belum maklum, malam ni (18 Disember 2010), perlawanan separuh akhir pusingan kedua antara Vietnam dan Malaysia akan dilangsungkan di My Dinh Stadium - Hanoi, Vietnam.

Pada perlawanan pusingan pertama pada hari Rabu (15 Disember 2010) yang lepas, keputusan memihak kepada Malaysia dengan kemenangan 2-0. Kedua-dua gol kemenangan dijaringkan oleh pemain no.10 negara iaitu Safee Sali.



Adakah pasukan negara(Malaysia) akan mengulangi kejayaan sama seperti di Bukit Jalil? Mampukah pasukan negara mengekalkan defisit 2 gol dalam tempoh 90 minit lagi? Kita saksikan dan tunggu sahaja keputusan malam nanti.

Jika berjaya, Malaysia akan melakar sejarah kali pertama mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Jom kita sokong pasukan negara kita ramai² malam ni. Rakyat Malaysia yang ada kat Vietnam tu, berikanlah sokongan dengan hadir beramai-ramai ke My Dinh Stadium - Hanoi.

Mampukah pasukan negara mencapai kejayaan seterusnya melakar sejarah buat kali pertama layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki? Atau adakah skuad Vietnam bimbingan Henrique Callisto mampu memadamkan defisit 2 gol Malaysia dan menyekat kemaraan pasukan negara ke perlawanan akhir? Sama² kita nantikan..
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: