Malaysia dan Indonesia telah menjadi rival sejak sekian lama dalam pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa dan Asia Tenggara. Namun perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 malam ini(26 Disember 2010) merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir kejohanan paling berprestij di Asia Tenggara itu.Perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan Malaysia membuat kejutan dengan jaringan gol awal oleh Shahrul Idlan Talaha. Namun gol sendiri oleh Asraruddin Putra dan gol cantik oleh Christian Gonzalez telah mematahkan semangat pasukan Malaysia dan mengakibatkan kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia.
Adakah pasukan Malaysia mampu membalas dendam kekalahan 1-5 mereka kepada Indonesia dalam peringkat kumpulan yang lalu? Ataupun Indonesia tidak akan membenarkan penyerang Malaysia merobek gawang mereka dan memenangi perlawanan untuk memberi kelebihan sebelum bertandang ke Jakarta untuk perlawanan akhir kedua? Sama-sama kita saksikan malam ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









Post a Comment