2009
Selamat tahun baru aku nak ucapkan kepada semua. Tahun 2008 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Banyak dugaan telah kita tempuhi sepanjang tahun 2008..
Sekarang kita telah berhijrah ke tahun yang baru iaitu 2009. Harap tahun 2009 akan lebih baik dari tahun sebelumnya dan memberikan sesuatu yang indah-indah kepada kita semua. Dah macam ape plak aku cakap ni. Macam hareeemm...

Bile sebut je tahun baru, mesti ramai yang pasang azam baru. Padahal azam lama entah kemana. Aku tak penah plak ade azam-azam ni. Tak reti aku nak azam-azam ni semua. Orang-orang yang ade azam tu semua bape kerat sangat la yang berjaya tunaikan azam tu. Tak sampai 1% kot aku rase. Hmmm, biar aku kasik petua macam mana nak tunaikan azam. Dengan petua ni pasti azam korang akan 100% tertunai walau apo pon keadaan. bagaimana caranya ??

Macam ni, mula-mula korang ingat balik ape azam korang pada tahun-tahun lepas. Lepas dah ingat korang bolehla mulakan tahun baru korang dan jadikan "Saya ingin menyambung azam saya tahun lepas" sebagai azam tahun baru korang. Konfem korang 100% berjaya la tunaikan azam korang. Sebab azam korang tu nak menyambung azam tahun lepas je. Bila dah sambung, tertunai dah la azam korang tu walaupon ape yang korang hajatkan tahun-tahun yang lepas tu tak berhasil tapi sekurang-kurangnye azam korang taun ni berjaya sebab korang dah berjaya menyambung azam korang tahun lepas.. Erk..aku pon dah tak paham ape aku cakap. Mamposla asalkan aku tau ape aku cuba nak cakap. Sape yang bace pastu tak paham, takyah la cube nak paham..
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: