Electronic Materials and Devices
Akhirnya aku berjaya menghabiskan subjek yang tak memberi input dan output yang bagus kat aku pada jam 10:30 pm 15 Disember 2008. Subjek tersebut adalah subjek 'Principles of Electronic Materials and Devices'.

Kenapa dengan subjek ni? Aku bukannya paham sangat subjek ni. Aku rase orang laen dalam kelas tu pon bukannya paham sangat kelas tu, sebab hampir sume orang dalam kelas tu tak bagi respon yang bagus pon mase cikgu mengajar. Datang kelas, dengar cikgu cakap pastu balik. Satu benda pon tak paham. Time nak exam, hafal je semua dalam buku. Subjek ni pon leh dikatakan subjek menghafal la jugak dan menghafal ni memang kelebihan student korea. Walaupon dorang tu cam tak paham ape cikgu cakap(cikgu ajar dalam English) tapi time exam markah tinggi tak hengat sebab dorang terer menghafal..

Aku pon tak paham gak kadang-kadang ape cikgu tu cakap walaupon der cakap english tapi aku tak boleh la subjek menghafal ni. Camne la aku leh registered kelas ni. Hmmm... Aku memang dari kecik lagi takleh menghafal. Sebab aku ade masalah short-term memory. Bab menghafal ni memang fail la. Time sekolah pon subjek sejarah aku selalu fail. Dapat D fifty-fifty ngan fail. Kalau dapat C pon aku dah bersyukur. Tapi 2-3 kali je dapat C.

Tadi mase aku jawab exam, sumer soalan yang tanye definition atau suruh explain aku jawab tapi semua jawapan aku tak habis. Aku rase memang sume soalan camtu. Takde soalan kire pon. Aku bleh ingat separuh je ape yang aku bace sebelum tu. Ayat depan je betul, sampai ayat belakang aku dah terlupe lepas tu aku maen bantai je buat ayat sendri. Oh aku memang takleh blah la benda² hafal ni. Aku rase markah aku pon separuh je kot dari markah penuh. Tu pon kalau dapat separuh.

Pasni aku tanak dah amik subjek hafal² ni. Sebab tu jugak la aku amik Electrical sebab blaja electrical takde menghafal. Semuanya nombor dengan simbol pelik² dan nombor² terlampau besar atau kecik. Tapi aku ok je asalkan takde benda yang kene hafal.

comoT : sakit otak sebab banyak sangat tengok tulisan kat buku
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: