Petua ke Kedai
Salam semua. Hari ini saya nak bincangkan permasalahan ketika membeli belah di kedai runcit mahupon di pasaraya. Ape masalah yang dihadapi semasa membeli barang di kedai ? Tentu anda masih tidak tahu lagi kan ape masalah sebenarnye. Masalah ini sebenarnye masalah kecil sahaja tapi mungkin disebabkan masalah ini timbul pula masalah laen kerana masalah ini ade bersangkut paut dengan masa.

Masalah yang nak dibincangkan sekarang adalah masalah duit syiling. Adakah duit syiling memberi masalah ? Ya, duit syiling sebenarnye banyak memberi masalah. Kerana duit syiling mungkin anda tertinggal bas, hilang banyak masa dan mungkin anda terpaksa membeli barang tambahan kerana tuan kedai tidak mempunyai baki syiling untuk dipulangkan kepada anda. Situasi ini sering berlaku kerana kebanyakan peruncit kekurangan wang syiling.

Bagaimana cara mengatasi masalah ini ? Caranya mudah sahaja. Sebelum anda ke kedai untuk membeli barang, pastikan anda mempunyai sejumlah wang syiling seperti berikut :
Dengan adanya sejumlah wang syiling seperti gambar di atas(sekeping 500won/50sen, 4 keping 100won/10sen, sekeping 50won/5sen), anda tidak akan mengalami masalah kekurangan wang syiling dan anda juga tidak perlu membuang masa menunggu peruncit mencari wang syiling baki untuk dipulangkan kepada anda. Jika anda ingin ke supermarket ataupon pasaraya, anda perlu menambah lagi sejumlah 4 keping 10 won(1 sen) kerana harga barang di pasaraya mempunyai nilai sehingga digit terakhir.

Cuba bayangkan anda membeli barang berharga 9110won/RM9.11 dan anda membayar 10000/RM10. Anda akan diberi baki sebanyak 890won/RM0.89. Tentu poket anda akan penuh dengan wang syiling selepas selesai membeli. Selain itu anda juga terpaksa menunggu casher mencari dan mengira wang syiling tersebut. Masa anda telah terbuang begitu sahaja.

Cuba pula anda bayangkan ketika anda sedang menunggu bas, anda berasa dahaga dan membeli air berharga 1100won/RM1.10. Ketika itu anda tidak mempunya syiling dan membayar 2000won/RM2.00. Ketika anda sedang menunggu peruncit mengira/mancari wang syiling baki untuk anda, anda telah terlepas bas. Sudahlah terpaksa menunggu untuk menerima baki, malahan tertinggal bas. Kiralah berapa banyak masa anda rugi untuk menunggu bas berikutnya disebabkan oleh duit syiling.

Saya telah amalkan petua ini sejak kecil dan saya kongsikan petua ini untuk kesenangan anda semua di masa hadapan. So, Selepas ini, pastikan jumlah wang syiling seperti dinyatakan di atas sentiasa ada di dalam poket/wallet anda sebelum ke kedai/pasaraya bagi memudahkan urusan jual beli dan menjimatkan masa anda.

Sekian sahaja petua saya untuk hari ini. Salam
1 Response
  1. Anonymous Says:

    꼼꼼한 편이네~~~


Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: