Hari ini tanggal 3 September 2008, genaplah sudah 4 tahun aku berada kat Korea ni. Tapi terasa bagaikan baru semalam aku menjejakkan kaki ke bumi mata sepet ini. Sedar tak sedar juga, tahun ini sudah tahun ke-5 aku berpuasa dan menerima kehadiran Ramadhan di sini. Walaupon di bulan Ramadhan, tetapi terasa seperti hari-hari biasa. Mungkin suasana di sini yang buat aku rasa begitu. Mungkin rakan-rakan laen juga merasai perasaan yang sama.
Aidilfitri pon macam sesuatu yang tidak penting. Tiada suasana. Bosan kerana suasana Hari Raya di sini masih boleh dilakukan dan diperoleh pada hari-hari selaen dari Hari Raya. Cuma yang membezakan adalah dari segi pakaian sahaja. Tapi dari raut wajah rakan-rakan laen, tiada pon yang menunjukkan riak wajah gembira menyambut Hari Raya.
Aku mahukan keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga untuk meraikan Hari Raya bersama.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment