Review : Aprilia RS125 GP1 2002
Aprilia RS125 GP1 2002


SPESIFIKASI UMUM

Click to Enlarge


ENJIN PERFORMANCE

Enjin dihidupkan menggunakan electric starter. Jika bacaan suhu pada multifunction meter menunjukkan 'Cold', choke perlu ditarik sebelum menghidupkan enjin. Sebelum boleh di bawa, enjin perlu dipanaskan selama 2-3 minit. Kemudian rev throttle sehingga melebihi 8000RPM. Ini perlu dilakukan supaya enjin dapat bergerak dengan lancar dan dapat memecut dengan sempurna.

Kuasa enjin akan mula melimpah selepas 7000-8000RPM. Kuasa enjin pada bawah 7000RPM agak lembab dan tidak bertenaga. Selepas mencapai 8000RPM, satu momentum yang amat kuat akan dihasilkan dan menolak motorsikal dengan pecutan yang tinggi. Ketika inilah Power Valve(PV) atau Rave Controller Aprilia akan berfungsi dengan membuka luas ruang injap(Valve) pada chamber(Exzos). Injap ini dibuka melalui solenoid yang disambung melalui satu kabel. Selepas injap terbuka luas, enjin akan berfungsi dengan sepenuh tenaga(34HP). Bukaan luas pada ruang chamber akan menghasilkan bunyi yang lebih gemersik tetapi kurang nyaring. Ketika ini RS125 boleh dibawa pada kelajuan maksimum melebihi 170kmj atau 110mph.

Enjin perlu kerap di servis dan perlu di rebuild semula setiap 10000km bagi memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik dan lancar.

Enjin Rotax 223



CARA TUNGGANGAN

Selepas enjin dipanaskan, tarik clutch dan rev dalam lingkungan 4000RPM. Masuk gear pertama dan lepas clutch. Gear lever perlu dipijak dengan kasar semasa masuk ke gear pertama kerana gear pertama RS125 adalah sangat keras.

RS125 akan bergerak dengan pantas semasa gear pertama. Masuk gear dua dengan pantas dan rev throtle Kemudian masuk gear tiga dan rev melebihi 8000RPM. Ini perlu dilakukan dengan pantas begini dan tidak boleh dimanja-manja bagi mengelakkan enjin tersangkut-sangkut. Selepas itu masuk ke gear seterusnya dan RS125 boleh dibawa dengan relaks pada kelajuan purata 130kmj menggunakan gear teratas(Gear 6). Pastikan RPM sentiasa dibawa melebihi 7000RPM. Bersedia untuk turun satu atau dua gear apabila RPM jatuh dibawah 7000RPM

Untuk mendapatkan pick-up yang tinggi anda perlu lepaskan clutch pada 8000RPM semasa gear satu dan kemahiran menggunakan half-clutch amat penting bagi mengekalkan RPM melebihi 8000 semasa menukar gear dua, tiga dan seterusnya. Permainan clutch amat penting untuk mengawal RPM.

Pastikan juga meter RPM tidak melebihi 8000RPM ketika menunggang di dalam kesesakan jalan raya kerana momentum yang dihasilkan ketika melepasi 8000RPM adalah sangat kuat dan lonjakan motorsikal ke hadapan dengan pantas mungkin boleh menyebabkan kemalangan sebelum sempat membrek.

Amaran : Anda perlu bersedia semasa meter RPM berada pada lingkungan 7000 kerana lonjakan hasil daripada momentum pada 8000RPM mungkin akan menyebabkan hilang kawalan semasa menunggang.


PENGENDALIAN DAN KAWALAN

Boleh dikatakan RS125 mempunyai kawalan dan pengendalian yang amat hebat dan yang terbaik di antara motorsikal berkapasiti 125cc. Di selekoh RS125 mampu dibaringkan dengan berkeyakinan tanpa rasa risau. Ini kerana RS125 mempunyai prestasi cornering yang mantap. Keberanian sahaja yang menghadkan kemampuan ini. Kawalan dan pengendalian yang hebat ini dihasilkan daripada reka bentuk kerangka frame yang tegap dan kuat dan suspension yang sangat bagus. Kuasa brek depan adalah sangat tinggi dan lebih daripada memadai untuk motorsikal 125cc yang ringan dan harus pandai bermain dengan kombinasi brek depan dan belakang bagi mengelakkan RS125 menggelungsur semasa membrek.


KUALITI DAN REKA BENTUK

Secara keseluruhan, kualiti dan reka bentuk RS125 merupakan salinan reka bentuk MotoGP. Ini kerana RS125 dikeluarkan untuk kegunaan di litar lumba sahaja pada awalnya. Namun bagi membolehkan RS125 dijual dan digunakan di atas jalan raya, Aprilia telah mengehadkan kemampuan dan kuasa RS125 daripada 34HP kepada 17HP supaya ianya legal digunakan di atas jalan raya.

Hanya model tahun 2005 dan kebawah sahaja mempunyai Full Power sebanyak 34HP. Model tahun 2006 dan ke atas hanya mempunyai 28HP(unrestricted) kerana ianya direka bagi kegunaan di atas jalan raya tidak seperti model sebelumnya yang direka untuk kegunaan di litar lumba. Reka bentuk model 2006 ke atas adalah lebih mirip kepada model Aprilia RSV.

Aprilia RS125 GP1 2002



KESELESAAN TUNGGANGAN

Keselesaan merupakan salah satu disadvantage RS125. Ini kerana kedudukan penunggang agak radikal dengan handle dan penunggang perlu menjangkau jauh kehadapan. Ini disebabkan reka bentuknya yang mirip dengan reka bentu MotoGP dimana pelumba perlu tunduk semasa membawa laju bagi mengurangkan rintangan angin. Tunggangan dalam kesesakan selama 5 minit sudah cukup membuat tangan berasa kebas dan bahu terasa sakit. Tetapi RS125 amat selesa ditunggang laju di lebuhraya.

Secara puratanya, RS125 tidak sesuai untuk ditunggang di dalam kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan. Ia juga tidak sesuai dinaiki dengan pembonceng di belakang kerana mempunyai suspension yang lembut. Pembonceng akan menyebabkan suspension yang lembut dan bahagian belakang motorsikal mendap ke bawah dan mengurangkan kelajuan.


KESIMPULAN

Secara ringkasnya, RS125 tidak sesuai digunakan untuk kegunaan harian atau tujuan ulang-alik, bersantai dah touring. Tetapi penggunaannya lebih kepada untuk memecut laju dan mengambil selekoh mencabar di jalan yang berliku.

RS125 juga tidak sesuai kepada penunggang beginer atau mereka yang sedang belajar menunggang motorsikal.

Cuma anda perlu bersedia untuk mengeluarkan lebih duit untuk menjaganya di tahap terbaik.

Note : Penggunaan Aprilia RS yang telah derestricted di atas jalan raya adalah illegal dan salah di sisi undang-undang.

comoT : RS125 yang aku gune sekarang illegal sebab aku dah derestricted selepas beli..kalau polis buat pemeriksaan memang kantoi dan bleh kene sita..so jangan bagitau polis..hehe
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: