Waktu ini hujan renyai² turun membasahi bumi. Mungkin ini adalah rahmat daripada Allah s.w.t kepada umatNya di bumi Korea. Dapat jugak aku menyejukkan badan. Cuaca panas pada waktu ini memang membuatkan aku tak senang duduk di rumah. Suasananya amat berbahang seperti bahangnya berada di hadapan unggun api.
Tiba² aku teringat hari pertama aku memasuki alam persekolahan di sekolah rendah berhampiran dengan rumah aku. Ia juga merupakan hari dan titik permulaan aku belajar berdikari. Pada ketika itu aku hanyalah seorang kanak² berusia 5 tahun 9 bulan yang tidak tau apa². Ketika itu aku tidak mengenal huruf dan abjad apatah lagi doa² harian seperti doa makan dan laen². Aku tidak seperti kanak² laen yang memasuki tadika atau prasekolah sebelum ke sekolah rendah. Aku dihantar terus masuk ke darjah 1 oleh ayahku. Disebabkan itu aku tidak mengenal huruf,abjad,nombor dan laen².
Hari pertama ayahku hantar aku ke sekolah. Kemudian aku dihantar sampai di hadapan pagar sekolah. Ayahku tunjukkan di mana kelas dan menyuruhku pergi sendirian sebelum pergi kerja untuk mencari rezeki. Begitulah cara ayahku mendidik aku berdikari. Dari kecil sehingga besar, ayahku tidak pernah membantu aku melakukan sesuatu dari A-Z. Ayahku hanya memberi satu dua hint dan yang selanjutnya aku harus selesaikan sendiri. Aku menurut sahaja arahan ayahku. Sampai di kelas aku tidak tau ape yang harus dilakukan. Aku tidak mengenali seorang rakan pon ketika itu kerana aku tidak pernah bersekolah sebelum ini. Aku pon terus mengikut mereka dan duduk di tempat yang kosong. Ketika itu aku teringat pesanan ibuku. Sebelum ke sekolah ibuku memberitahu nama penuhku dan menyuruh aku memberitahu kepada guru kelas apabila ditanya.
Hari pertama di sekolah aku agak kesunyian kerana tidak mengenali seorang rakan pon. Aku juga cemburu melihat rakan² laen mengenal huruf A sampai Z, 0 sampai 9, dan mereka membaca doa harian apabila di tanya oleh cikgu. Dari situ aku mula belajar sendiri. Mengenal huruf satu demi satu, dan mendengar doa² yang dibace oleh rakan². Mungkin disebabkan perasaan cemburu membuat aku berusaha untuk belajar.
Kini aku dapat rasakan didikan yang diberi oleh ayahku walaupon kelihatan seperti tak lengkap, tapi ade maksud tersirat desebalik didikan tersebut. Ia mengajar aku untuk menyelesaikan segala perkara dan masalah dengan usaha dan cara sendiri tanpa bantuan orang laen. Jika tidak kerana didikan yang sebegitu, mungkin aku tidak akan sampai ke tahap sekarang dan mungkin juga aku menjadi seorang anak yang manja dan tak tahu berdikari.
Terima kasih ayah, terima kasih ibu. Jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayatku.
Adakalanya kita perlu melihat ke belakang untuk mengenal siapakah diri kita

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uhuk uhuk tersedak ^^