Seongbuk District Office
Tengah hari tadi pegi pejabat daerah Seongbuk-Gu nak tukar no plat. This is the worst district office in Korea. Suasana pejabat agak kelam kabut. Pekerja yang tak ramah dan mesra pelanggan. 2 orang staf kat bahagian pendaftaran menggunakan bahasa yang agak kurang elok kepada pelanggan dan menggunakan nada suara yang tinggi. 5 daripada 5 orang yang buat pendaftaran sebelum aku kene marah. Bukan kene marah tapi intonasi percakapan yang kurang menyenangkan.

Kaunter pembayaran jugak agak lembab. Nak beli setem pon kene tunggu masa yang lame. Dengan pakcik² tua yang agak kurang ajar dan masuk ke kaunter tanpa mengambil angka giliran.

Selepas aku siapkan semua prosedur yang sepatutnya, aku plak yang kene marah dengan staf kat bahagian pendaftaran disebabkan kebodohan staf yang kerja kat bahagian insurans. Staf kat pendaftaran tu cakap kalau alamat yang tertulis kat slip insurans tak same dengan alamat dalam borang yang telah lengkap aku isi.

Aku pon ngan muke tak puas ati pegi balik kat staf insurans tu suruh der tukar alamat yang ade kat slip insurans tu. Padahal sebelum ni aku dah tukar alamat insurans tu kat pejabat daerah Guro beberapa minggu lepas. Bile der dah siap tukar alamat tu der bleh diam jek. Aku pon tunggu je la kat depan der sebab aku ingat blom siap lagi. Lepas tu der bleh tanye kat aku plak, kenape aku tunggu lagi kat situ. Padahal der takde pon cakap yang dah siap. Shit punye korean. Dah la tak kasik balik slip tu kat aku. Aku plak kene datang balik kat situ semata-mata nak amik slip tu. Mase aku datang der bleh plak cakap tadi mase pegi apsal tak amik sekali. Padahal slip tu der dah simpan dalam file der. Nak buat harte plak.

Lepas settle aku pon balik dengan hati yang tak senang. Memang perkhidmatan yang sangat teruk. Kalau dibandingkan dengan pejabat daerah yang laen bagai langit dan bumi. Dahla bangunan pon macam tak siap. Kat bahagian pendaftaran takde nombor giliran. Kene plak beratur lame nak tunggu giliran. Pastu datang lak sorang makcik shibal yang datang² terus je masuk tanpa beratur. Lepas ade lagi sorang pakcik plak nak buat benda same. Aku pon terus jalan depan pakcik tu, blok kaunter tu ngan tangan aku tak kasik der masuk.

comoT : mungkin ini kali terakhir aku datang situ. tanak dah datang lagi
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: