QaRiiN
aSsaLamuaLaikuM seMua..meSti koRang yAng taK tau paSal qaRiIn tenGah tuNgu-tuNGu pOst paSal qaRiIn ni Kan?? Ok seKarAng mAri kIte taMbahKan peNgetaHuaN daN menGeNaLi aPe iTu QarIin..

qAriIn daRi seGi baHase beRmaksUd raKan ataU kaWan[cuBe chEck kaMus dewaN kaLau adE]..daRi seGi isTiLah puLak qaRiiN ni BerMaksUd maKhlUk haLus yaNg kiTe sUme taKleh naMpaK ngaN maTe kIte seBab maTe maNusiA biAsa taK boLeh nak teNgok maKhLuk haLus aTau jIn..kaLau iKut aku Plak qaRiin ni aDalah keMbar seTiap maNusiA yaNg wuJud seJak kiTe diLahiRkan..seTiaP maNusIa meMpuNyai qaRiin yaNg seNtiaSe meNdampIngi seSeoraNG seJak diLahiRkan saMpaI meNghemBuskaN naFas teRakhIr..

seBenaRnye qAriin ni aDalaH sYaitaN yaNg keRje deR uNTuk meNghasUt daN menGgoda maNusIa suPaya deRhaka kePada aLlah swt..taPi berGanTung kePada kiTa saMadA naK teRpengaRuh aTau toLak haSutan qAriiN kiTe..jaDI aLlah swt teLah menCiptakAn aKaL yaNg semPurNA kePada mAnusIa uNtuk meNolAk seGala haSutan daN goDaaN si QarIin ni..aLlah teLah berFirmaN daLaM suRah al-Qaaf aYat 27-28 yaNg berMaksud :
"(Semasa ia [yakni manusia] dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) [yakni yang menjadi qariinnya] berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong." Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (yang Aku akan menyeksa orang-orang yang bersalah)."

jaDI kitE haRus seNtiAse taAt kePada peRIntah aLlah suPaya taK terJebak deNgan godaAn qAriin nI..aLlah teLah berFirmAn daLam suRah az-Zukhruf aYat 36 yang bermaKsud:
"Dan sesiapa yang berpaling tidak mengendahkan pengajaran (al-Qur`an yang diturunkan oleh Allah) ar-Rahman, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya (qariinnya) yang tidak renggang daripadanya (yakni sentiasa menyertainya)."

seTelaH manUsia menIngGal duNia..qAriiNnyE masIh hiDup keRana sepErti yaNg kiTe taU, jiN aDalah maKhluk yanG hiDup laMa daN qAriiN inI akaN teRus meNyesAtkan maNusia..qAriiN iNi mamPu meruBah ruPanyE sePerTi oraNg yaNg teLah maTi itU deNgan tuJuan uNtuk meNyesatkaN maNusiA..jiKa kiTe beRteMu deNgan roH oraNg yaNg telAh meNingGal, janGanla kIte peRcayA baHawa iTu adaLah roH si Mati keRana beRkeMunGkinaN iTu adaLah qAriin yaNg meNyeRupai si Mati teRsebuT..

bErikUt adaLah FATWA MUFTI KERAJAAN [2000] yaNg didaTwaKan oLeh PehiN DaTo sEri maHaraJa DaTo PadUka SeRi seTia usTaz Haji AwaNg aBduL azIz biN juNed iaItU MufTi kerAjaAn bRuneI daRusSalam beRkaitaN deNgan qAriiN :

************************************************************************

MANUSIA MEMPUNYAI QARIIN

Telah sah dan sabit dalam hadis, bahawa setiap manusia itu ada qariin atau teman yang sentiasa bersamanya semenjak dia dilahirkan lagi sampailah dia meninggal dunia. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:-
Maksudnya: "Tiada seorang kanak-kanak pun yang dilahirkan melainkan tidak sunyi daripada tusukan (gangguan) syaitan, maka kanak-kanak itu pun menangis akibat gangguan syaitan itu, kecuali anak Maryam (Nabi 'Isa a.s.) dan ibunya (Maryam sendiri).

Untuk lebih jelas lagi dipetik pula riwayat Imam Muslim selanjutnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:-
Maksudnya: "Tiada seorang pun daripada kamu melainkan diwakilkan dengannya qariin daripada kalangan jin." Sahabat bertanya: "Apakah Tuan juga, wahai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Ya, aku pun begitu juga, akan tetapi Allah telah menolongku menguasainya, maka dia pun Islam dan tidak menyuruh aku melainkan dengan kebajikan sahaja." (Erti fa aslama : qariin itu masuk Islam, atau aku (Rasulullah) terselamat daripada gangguan qariin itu, kerana Allah menolongku menguasainya)."

Dari maksud hadis-hadis ini menunjukkan qariin-qariin manusia itu kecuali qariin Nabi Muhammad s.a.w. adalah bersifat mengganggu dan merosak serta menyesatkan.

Walaupun manusia itu tidak berupaya menguasai jin, kecuali bagi orang yang diberikan izin oleh Allah seperti Nabi Sulaiman a.s., namun tidaklah terhalang daripada berlakunya kerjasama dan perhubungan di antara manusia dan jin pada mencapai sesetengah maksud manusia itu. Hubungan dan kerjasama ini boleh tercapai dengan berbagai cara dan keadaan. Perkara ini berlaku kepada sebahagian orang di zaman lampau mahupun zaman sekarang .

Menurut fatwa Syeikh al-Azhar, asy-Syeikh Jad al-Haq 'Ali Jad al-Haq, perkara bekerjasama dengan jin ini biasanya berlaku kepada dukun-dukun, tukang-tukang ramal dan tukang-tukang sihir, dan ada pun hubungan atau kerjasama itu pada masa sekarang disebut sebagai menghadirkan atau memanggil roh. (Bayaan li an-Naas 2 / 332 - 338).

Qariin daripada kalangan jin mempunyai kemampuan untuk berbohong dan mengada-adakan karut-marut, hatta meniru tuannya dalam berbagai keadaan seperti suara dan kadang-kadang juga rupa tuannya itu sendiri.

Qariin mempunyai pengetahuan tentang tuannya, sama ada yang zahir mahupun yang sulit-sulit.

Qariin-qariin boleh berhubung sesama mereka sendiri. Qariin juga ada kalanya menjadi pembantu kepada tuannya dalam kerja-kerja tertentu, sehingga kerja-kerja itu menjadi senang, ataupun sebaliknya kerja-kerja itu menjadi susah kerana qariin meletakkan halangan-halangan dan gangguan-gangguan. Selain daripada itu, boleh juga terjadi perkara-perkara yang lain lagi, berdasarkan alam jin itu mempunyai keanehan-keanehan yang tersendiri.

Maka apabila seseorang manusia itu berusaha dengan cara tertentu atau dengan berbagai jalan untuk menghadirkan atau mendatangkan roh, qariin orang itu akan berupaya menerima suara-suara, dan kemudian akan memberitahu berbagai hal dan berbagai perkara ghaib yang telah disepakati oleh para qariin melalui pertukaran maklumat sesama mereka. Selepas itu orang akan menyangka bahawa yang bercakap itu ialah roh orang mati yang telah dipanggil itu. Padahal yang bercakap itu ialah qariin-qariin sendiri yang membawa berita dan cerita yang bercampur-campur, yang direka-reka dan dusta ..

************************************************************************

DaTo HaJi IsMail kaMus jUgaK ade meNuliS beRkenAan kewUjudaN qaRiin iNi di daLam buKu beLiau yaNg berTajuk JIN : Hakikat dan Pangubatan. PaDa haLamaN 9 buKu terSeBut beLiau meNuliS :
"Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia."


daN pada HalaMan 41 pUla beLiau meNulis :
"Ibnu Muflih menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apabila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

waLlahuaLam

p/s : sO..seBeluM kitE maKan ataU miNum jaNganLah kiTe luPe memBacA baSmaLlah[biSmiLlahiraHmaNirraHim]
0 Responses

Post a Comment

Korang sukakan entri kat blog ni? Subscribe untuk dapatkan setiap entri terbaru blog ini terus ke emel korang secara percuma
Masukkan Alamat Emel Anda: